Thursday, July 9, 2009

Seminar Pendidikan Serantau 2009

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4 DAN PERTANDINGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN NUSANTARA 2009
" KE ARAH KEUNGGULAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN"
18 - 21 MEI 2009
KLANA RESORT SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN
ANJURAN:FAKULTI PENDIDIKAN , UKM FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN, UNRI

Antara subtema bagi seminar serantau ini ialah :

  1. Budaya Penyelidikan dalam Institusi Pendidikan Tinggi
  2. Kepimpinan dan Pengurusan di Institusi Pengajian Tinggi
  3. Kualiti Penyelidikan di Institusi Pendidikan
  4. Bahasa dan Komunikasi dalam Penyelidikan Pendidikan
  5. Kepelbagaian Kaedah dalam Penyelidikan Pendidikan
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Penyelidikan
  7. Inovasi dalam Penyelidikan Pendidikan
  8. Hak Cipta dan Harta Intelek Produk Penyelidikan di Institusi Pendidikan Tinggi
  9. Pembangunan Modal Insan Berteraskan Penyelidikan
  10. Amalan dan Isu Penyelidikan Pendidikan di Institusi Pendidikan Nusantara
  11. Penyelidikan Merentas Pelbagai Disiplin Ilmu
  12. Impak Penyelidikan dalam Amalan dan Dasar Pendidikan

Pada 18-21 Mei 2009, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaysia dengan kerjasama Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universiti Nasional Riau Indonesia telah mengadakan Seminar Pendidikan Serantau kali ke-4 bertempat di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis perasmian seminar ini yang dilangsungkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato' Seri Khaled Nordin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU antara UKM (diwakili Naib Canselor UKM) dengan UNRI (diwakili Timbalan Rektor II UNRI). Upacara ini disusuli pelancaran buku "Reformasi Pendidikan Serantau" dan penyampaian hadiah Pertandingan Penyelidikan Pendidikan Nusantara.

Pertandingan ini julung kali diadakan pada seminar ini dan kumpulan penyelidikan Dekan FPend UKM telah berjaya membawa pulang pingat emas.Seminar ini telah menerima sebanyak 117 penyertaan untuk pembentangan lisan dan 19 penyertaan poster. Pembentang terdiri daripada pensyarah dan dosen universiti-universiti di Malaysia dan Indonesia, para pendidik dan pelajar siswazah lanjutan.

Sebanyak 5 sesi selari diadakan di mana setiap sesi mengandungi 4 bilik pembentangan. Para pelajar DPLI ambilan Januari 2009 turut menjadi peserta seminar ini dan kami telah diberi tugas melaporkan kertas kerja yang telah dibentangkan untuk mengumpul resolusi yang berkaitan.

Kertas kerja yang dibentangkan dibahagikan kepada tema-tema tertentu dan terdiri daripada kajian-kajian eksperimental, tinjauan dan juga kajian tindakan. Walaupun kajian dan penyelidikan dilakukan di dua negara yang berbeza, dapat dilihat permasalahan yang dihadapi dalam pendidikan adalah sama di kedua-dua negara, dan mungkin di negara-negara serantau yang lain.

No comments:

Post a Comment