Thursday, July 9, 2009

Pengumpulan Data




  1. Ada pelbagai teknik tapi tidak janjikan kualiti dapatan kajian.

  2. Penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna

  3. Sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih

3 sebab perlu mencapai kualiti tinggi :




  1. Tanggungjawab kepada pelajar ( MENGAJAR ITU AMANAH )

  2. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain

  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat ( menambah ilmu pengetahuan ) dengan melakukan penyelidikan tindakan

Kriteria Kualiti



  • Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain

  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan

  • Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan


Kesahan : merujuk kepada kebenaran data dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji


Kebolehpercayaan : ketepatan data - masalah berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil. Sehubungan dengan itu untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu bertanya :



  1. Adakah maklumat itu merupakan perwakilan tepat realiti?

  2. Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 Tahap Penyelidikan :



  1. Mengenalpasti masalah

  2. Perancangan Tindakan

  3. Mengumpul Data

  4. Analisis Data

  5. Perancangan untuk tindakan seterusnya

No comments:

Post a Comment