Wednesday, May 6, 2009

Kuliah 2 : Kajian Tindakan dalam Pendidikan


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
Reka bentuk kajian tindakan meliputi 4 langkah terpenting yang wajib ada apabila sesuatu kajian itu dilakukan iaitu
1. Merefleksi
2. Merancang
3. Melaksana strategi
4. Memantau untuk membuat penilaian
Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi ataupun belum mencapai keputusan yang dikehendaki. Kami telah melakukan beberapa aktiviti bagi memantapkan lagi pemahaman kami mengenai konsep kajian tindakan ini secara keseluruhan.
Contohnya guru membuat kajian mengenai " Masalah Disiplin Pelajar Di Sekolah”. Guru merancang terlebih dahulu dengan masalah-masalah disiplin yang kerap dilakukan oleh pelajar dan menyenaraikan peraturan-peraturan sekolah yang perlu dilaksanakan. Kemudian guru perlu bertindak dengan melaksanakan semua peraturan kepada pelajar dan guru membuat pemerhatian daripada apa yang telah dikaji itu iaitu bagaimana tindakbalas yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut. Setelah selesai hasil daripada pemerhatian yang dibuat daripada analisis dan data yang diperolehi, guru membuat refleksi hasil daripada dapatan yang telah dibuat untuk mengetahui keberkesanannya. Sekiranya tidak dapat memberi refleksi yang baik, bentuk kajian diulang-ulang sehingga dapat menghasilkan kesan kajian yang mantap dan berkesan

No comments:

Post a Comment