Tuesday, May 26, 2009

Tugasan 2: Perbandingan 3 artikel Luar Negara berkenaan Kajian Tindakan dalam Pendidikan.

Tugasan : Dapatkan 3 artikel jurnal (luar negara) berkenaan kajian tindakan dalam pendidikan
Lakukan : Perbandingan (persamaan & perbezaan)Penganalisisan, penilaian,Rumusan & sintesis
Dari segi : sampel, setingprosedur kajian tindakan, pengumpulan & menganalisis data
Tajuk Jurnal:
  1. Postgraduate coursework in Australia: issues emerging from university and industry collaboration (H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor)
  2. Tales from the frontline: The experiences of early childhood practitioners working with an ‘embedded’ research team( Sandie Wong)
  3. Development of Transdisciplinarity Among Students Placed with a Sustainability for Health Research Project( Fadya Orozco and Donald C. Cole)
    dalam ketiga-ketiga jurnal ini, terdapat:

PERSAMAAN

Dalam ketiga-tiga Jurnal ini Instrumen yang digunakan ialah penggunaan pengalaman, sebagai kajian kes dalam penyelidikan mereka. Ia memfokuskan kepada kajian dalam pendidikan yang telah dijalankan. Ianya dilakukan untuk mengenalpasti masalah permasalahan kajian dan tujuan kajian yang dilakukan untuk penambahbaikan dalam penyelidikan terbaru.

PERBEZAAN

  • Jurnal Pertama:
    Jurnal yang pertama menceritakan mengenai kursus lepasa ijazah di Australia:isu-isu yang baru muncul daripada universiti dan juga kolaborasi industri.
  • Jurnal Kedua:
    Jurnal yang kedua pula berkaitan dengan pengalaman-pengalaman partisipan awal kanak-kanak yang bekerja dengan pasukan penyelidikan.
  • Jurnal Ketiga:
    Jurnal yang ketiga pula ialah Pembangunan Transdisciplinarity di kalangan pelajar Diletakkan dengan satu Sustainability(lanjutan) bagi projek penyelidikan kesihatan.

SAMPEL

  • Kajian yang diutarakan oleh H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor melibatkan mahasiswa-mahasiswa universiti lepasan ijazah untuk meneroka bidang yang kedua.
  • Manakala kajian Sandie Wong pula melibatkan kanak-kanak,keluarga-keluarga yang tinggal di Australia,participant termasuk juga pasukan penyelidik yang menjalankan kajian.
  • Kajian Fadya Orozco and Donald C.Cole pula terdiri daripada pelajar-pelajar yang berbeza displin/bidang untuk projek penyelidikan kesihatan(6 orang pelajar mahasiswa)

SETTING

  1. Kajian H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor dilakukan di universiti Australia,sekitar kawasan Australia.
  2. Kajian Sandie Wong pula di Australia juga.
  3. Kajian Fadya Orozco and Donald C.Cole pula di universiti, Projek Penyelidikan Kesihatan Di Ekuador, kanada.

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Menurut kajian H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor adalah menkaji berkenaan dengan isu-isu pelajar-pelajar lepasan ijazah dan memberi perhatian kepada cabaran masa depan para pelajar dan faedah yang diperolehi sekiranya pelajar-pelajar mengikuti kursus lepasan ijazah sebagai tumpuan kedua. Ia adalah berlainan dengan kursus asal dan munculnya pendidikan baru yang berbeza dengan persekitaran pembelajaran pelajar. Pengkaji mengenalpasti masalah kajian iaitu kekurangan tenaga pekerja dalam sektor tertentu. Contohnya Australia mengalami kekurangan tenaga berkemahiran dalam sektor kejuruteraan sains dan teknologi, dan memerlukan keperluan tenaga pekerja segera dalam industri-industri orang Australia terutama dalam ekonomi pertanian seperti pengeluaran haiwan. Antara perancangan yang dibuat adalah dengan melaksanakan satu program lepasan ijazah iaitu di bawah program pembiakan haiwan dan revelen dengan profesional serta bermanfaat dalam beberapa bidang ekonomi Australia.

Kajian Sandie Wong pula ialah mengenalpasti masalah nak hendak dikaji, mengatur langkah-langkah untuk membuat kajian sama ada latihan penyelidikan seperti penyelidikan luar, penyelidikan dalaman dan memfokuskan apa yang hendak dikaji. Ia jug menggunakan beberapa strategi dan kaedah penyelidikan seperti kajian kolaboratif atau kajian berkumpulan dan juga metod kajian yang dilakukan.

Kajian Fadya Orozco dan Donald C.Cole juga memfokuskan kepada permasalahan kajian, membuat perancangan bagi penambaikan kajian.Tujuan penyelidikan trandisplinary ialah untuk memahami kerumitan masalah-masalah dari segi konteks sosial mereka supaya penyelesaian mereka boleh menyumbang kepada pembangunan lestari. penkaji mencari maklumat atau sumber-sumber yang pelbagai untuk membentuk pengajian transdisplinary untuk tema dalam kajian. Terdapat metod-metod kajian yang dijalankan seperti projek Ecosalud dan juga membuat analisis dan kemudiannya mendapat keputusan hasil daripada kajian yang dibuat.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Kajian H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor membuat pengumpulan data melalui data kuantatif, kaji selidik, temubual, laporan-laporan statistik, pemerhatian.

Manakala kajian Sandie Wong membuat pengumpulan data melalui kaji selidik atau penyelidikan luar dan dalam, melalui partisipan penyelidikann danpenyelidikan kolaborasi.

Kajian Fadya Orozco dan Donald C.Cole mengumpul data melalui temubual,kaji selidik, melalui kertas kerja .

ANALISIS DATA


H. Forsyth Æ R. Laxton Æ C. Moran Æ J. van der werf Æ R. Banks Æ R. Taylor membuat analisa data kualitatif.
Sebagai contoh : example, reportedly 1 year showed an increase of as much as 50% of the number of postgraduate courses offered in Australian universities, in the early 1990s (McInnis et al. 1995, p. 4). Statistical reports show an increase of 119% in commencing enrolments between 1993 and 2003 (DEST 2006)

Sandie Wong pula membuat analisa data kualitatif.

Fadya Orozco dan Donalg C.Cole membuat analisa data melalui pemerhatian, nota-nota lapangan, partisipan.

Monday, May 25, 2009

Tugasan 1; Ulasan Buku Kajian Tindakan dalam Pendidikan

Tajuk Buku : “Action Research A Guide For The Teacher Research”
Nama Pengarang : GEOFFREY E.MILLS
Tahun Diterbitkan : 2003
Tempat Diterbitkan : United States, America
Nama Penerbit : MERILL PRENTICE HALL
Bahagian Pertama
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dijalankan secara berterusan. Kajian tindakan dalam pendidikan ini kebiasaannya dilakukan oleh guru, pengetua, kaunselor sekolah atau pelajar sendiri. Kajian kebiasaannya bertumpu kepada persekitaran sekolah atau kelas yang melibatkan warga sekolah itu sendiri. Ianya menggunakan kaedah kualitatif. Tujuan utama kajian tindakan dibuat ialah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan (amalan masing-masing) melalui perubahan. Hasil daripada kajian tersebut pengkaji dapat memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
Bahagian Kedua
MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN?
  1. Menjadikan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
  2. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
  3. Memudahkan objektif dapat dicapai dan dapat memahami, mengubah serta memperbaiki amalan sendiri.
  4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.
  5. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
  6. Mewujudkan kerjasama secara kolaboratif di kalangan guru dan para pelajar.
  7. Merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.
Bahagian Ketiga
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Menggunakan teknik pengumpulan data secara kualitatif
1. Instrumen kajian
• Data
• Borang
2. Teknik pengumpulan data
+ Dapatan sumber asal yang ada di sekolah
+ Dapatan maklumat aktiviti harian
+ Maklumat dari soalan
+ Sumber konvensional ( pemerhatian, penyolan, temubual )
+ Sumber sokongan ( sikap, portfolio, rangka kerja )
+ Temuduga
+ Pengalaman
+ Penyoalan
+ Penyelidikan
+ Tinjauan
+ Gambar
+ Rakaman
3. Teknik penganalisisan data
- Mengenalpasti tema kajian
- Mengekod pemantauan, temuduga dan soal jawab
- Menyatakan pokok persoalan
- Mengadakan kajian tentang organisasi
- Menyatakan peta konsep
- Menganalisis elemen kesan dan kemungkinan kajian
- Menyatakan dapatan
- Menentukan kelemahan dapatan
- Menggunakan perisian komputer untuk mengalisis data
Bahagian Keempat
ETIKA KAJIAN TINDAKAN
1. Garis panduan :
-Pengkaji perlu mengetahui garis panduan etika kajian.
-Pengkaji perlu mengetahui bagaimana hendak mendapat hasil jawapan yang bermutu.
-Perlu tahu prinsip sosial yang wujud dalam komuniti kajian.
-Tiada ruang untuk melakukan sebarang penipuan di dalam kajian.
-Memastikan data yang diperolehi merangkumi garis panduan kajian tindakan.
2. Konsep etika dalam rangka kerja kajian kualitatif :
-Tidak meletakkan perspektif yang rendah terhadap guru sebelum dan selepas melakukan kajian.
-Mengenalpasti etika yang patut di ambil dan mendalami perasaan responden.
-Mewujudkan praktik hubungan yang baik dengan responden.

Tuesday, May 12, 2009

Kuliah 4

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Kajian kepustakaan bermaksud sorotan ke atas bahan ilmiah. Ianya dilakukan secara kritikal terhadap isi yang dikemukakan. Kajian kepustakaan juga adalah proses umum yang dilakukan peneliti dalam usaha menemukan teori (www.scribd.com/doc/6611023/04-Kajian-Pustaka)

MEMBANDING BEZA

Cari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, dan kualiti sesuatu unsur atau peristiwa ( http://www.geocities.com/panduannet/kbsb5.html) ianya digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan serta jika terdapat 2 atau lebih keputusan.

ANALISIS

Analisis adalah proses mengolah sesuatu yang sukar dan dipecahkan kepada bahagian yang kecil supata mudah untuk difahami (http://en.wikipedia.org/wiki/Analysis) Analisis dugunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian.

MENILAI

Menilai adalah pertimbangan sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti yang sah dan kukuh. Ianya digunakan untuk memilih sesuatu serta untuk menerima atau menolak sesuatu.

MEMBUAT KESIMPULAN

Membuat kesimpulan adalah mebuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang bersadarkan penyiasatan.

SINTESIS

Menggabung idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan sesuatu yang baru (http://en.wikipedia.org/wiki/Synthesis)

Kuliah 3

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS::

Dikaitkan dengan Evolusi dan revolusi

- Evolusi: Perubahan yang menghasilkan kesan sedikit dalam tempoh yang panjang yang boleh menyebabkan perubahan ketara dalam status quo
- Revolusi: Perubahan yang pantas dan boleh meninggalkan kesan yang buruk sekiranya tidak dikawal

PERUBAHAN ADALAH MULTIDIMENSI::

Enam dimensi yang perlu difahami:
1) Perubahan terancang untuk capai tujuan tertentu
- Tujuannya adalah untuk penambahbaikkan
- Perubahan melibatkan 2 pindaan
i) Perubahan dibuat untuk kembali kepada asal serta untuk meningkatkan pencapaian tanpa mengubahnya
ii)Melibatkan perubahan drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat, kedudukan serta corak perhubungan sistem

2) Unit perubahan merujuk kepada fokus utama. Unit terdiri daripada individu, kumpulan, jabatan, organisasi, sistem organisasi dan komuniti

3) Sifat perubahan: Perubahan individu untuk menghasilkan perubahan yang lebih besar( contoh: sikap individu perlu diubah untuk mengubah organisasi)

4) Magnitud perubahan: Merujuk sejauhmana perubahan yang dirancang akan dilaksanakan

5) Skop perubahan: Sejauhmana penambahbaikkan dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian

6) Jangkamasa perubahan: perubahan yang kekal adalah perubahan yang berjaya dilaksanakan berbandung perubahan yang memberi kesan yang sementara.

Kottier (2001) menyatakan 3 jenis perubahan:
i) Perubahan spontan: tidak memberi kesan yang mendalam
ii) Perubahan minima: melalui penentangan awal
iii) Perubahan berterusan: Perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

Aktiviti 1 : Kuliah 3(Berkumpulan)

Nyatakan lapan sebab kenapa ada orang yang menentang perubahan

1) Tidak akan melakukan apa yang biasa dilakukan
2) Beranggapan perubahan tidak membawa faedah
3) Perubahan memerlukan masa yang panjang
4) Tidak bersedia menerima perubahan
5) Perubahan berlaku secara mendadak atau tiba-tiba ( kejutan budaya)
6) Tidak menepati kehendak diri
7) Tidak yakin dengan perubahan yang berlaku
8) Tiada ilmu terhadap sesuatu perubahan

Cara Penyelesaian

1) Kenalpasti apa yang patut dilakukan
2) Kaji selidik sesuatu perubahan
3) Ambil masa untuk menerima sesuatu perubahan
4) Membuat perubahan secara beransur-ansur
5) Berbincang dan mencari kata sepakat dalam membuat sesuatu perubahan
6) kenalpasti apa kehendak diri
7) Melihat perubahan dari segi positif

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

KONSEP

PENDIDIKAN: Perkara paling utama dalam menyediakan manusia menghadapi masa depan.
PERUBAHAN: Sesuatu yang tidak dapat dielakkanMenurut Oliver(1996): Perubahan lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding kestabilan. Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. Manakala ketidakpastian mesti dielakkan kerana ianya boleh meruntuhkan masa depan palajar

JENIS-JENIS PERUBAHAN
Menurut Dessier (1995) perubahan terbahagi kepada 4:

i) Perubahan kearah peningkatan: Memberi kesan kepada komponen tertentu dalam organisasi.

ii) Perubahan strategik organisasi: Melibatkan perubahan keseluruhan organisasi
- Definisi semula peranan organisasi
- Perubahan nilai teras organisasi
- Perubahan struktur dan strategi organisas

iiii) Perubahan Reaktif(Tindakbalas): Akibat daripada tidakbalas daripada pihak pelanggan atau pihak yang berkepentingan.
- Perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukani

v) Perubahan akibat daripada jangkaan: Disebabkan dari kesedaran.
- Persiapan berkemungkinan berlakunya perubahan
- Penciptaan teknologi baru yang memerlukan organisasi perubahan
- Persiapan menghadapi polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja

MODEL-MODEL PERUBAHAN

a) Model penggabungan Roger
- Proses inovasi bermula apabila masalah telah dikenalpasti
- Masalah adalah mungkin berdasarkan penyelidikan
- Kemudian masalah akan disiasat dan bagaimana akan diselesaikan

b) Model Kanter
- Struktur dan inovasi dapat difahami sekiranya dibahagikan kepada 4 perkara:
o Penjanaan idea
o Membina idea
o Merealisasikan idea
o Pemindahan idea

c) Model Rand
- Kajian tindakan untuk memandu ke arah pengumpulan dan analisis data
- Berman & McLaughin: proses melibatkan 3 langkah:
o Daya usahao Implimentasi
o Penggabungan (dengan amalan sedia ada)

d) Model Acot
- Kehendak perubahan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran berkembang secara beransur-ansur

Wednesday, May 6, 2009

Aktiviti 1 : Individu

Dari Program BIG II yang telah saya ikiuti, saya dapati beberapa kelemahan diri saya perlu diperbaiki segera.

Masalah : Kurang pengalaman dalam pengurusan kepimpinan dan kurang keyakinan diri.

Penambahbaikan :

  1. Berusaha untuk menambah pengalaman dalam pengurusan kepimpinan dan melihat kepada cara pengurusan yang cemerlang.
  2. Meningkatkan keyakinan diri dari masa ke semasa dan menonjolkan diri dalam sesuatu aktiviti.
  3. Tegas dan efektif dalam pengurusan kumpulan dan sentiasa berusaha membentuk kumpulan yang terbaik untuk bersaing dengan kumpulan lain.

Pelan Tindakan

Matlamat : Mengenalpasti masalah dan kelemahan yang ada dalam diri serta menerapkan sifat jatidiri sebagai seorang guru di dalam diri.

Matlamat :
· Dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam sesuatu organisasi.
· Dapat memimpin diri sendiri menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
· Meningkatkan keyakinan di dalam diri
· Mengatasi masalah dengan berkesan dan memperbaiki kelemahan diri.

Langkah-langkah:

  • Merancang setiap aktiviti serta tugasan yang diterima dan menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam jangkamasa yang diberikan.
  • Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab yang dimiliki dan menjadikan sesuatu tugasan sebagai amanah yang harus dilaksanakan.
  • Memupuk sikap percayakan diri dan orang lain serta sentiasa berfikiran positif.
  • Melakukan refleksi kendiri serta melalui pendapat dan pandangan orang lain. Mengubah dan memperbaiki setiap kekurangan yang dikenalpasti.

Aktiviti 2 : Berkumpulan

KELEMAHAN

Antara kelemahan yang ketara dalam subjek kaedah mengajar pada semester lalu yang dapat dilihat adalah tidak pandai menyesuaikan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) serta tidak mengaplikasikan teori Psikologi Pendidikan dalam kaedah mengajar.

PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang dirancang adalah :
  1. Merancang lebih awal langkah-langkah dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)serta bilakah masa yang sesuai akan digunakan Bahan Bantu Mengajar
  2. Guru harus lebih kreatif supaya Bahan Bantu Mengajar lebih berkesan
  3. Memahami konsep sesuatu teori dengan lebih mendalam dan menyesuaikan penggunaannya di dalam bilik darjah

MATLAMAT

Matlamat umum adalah untuk menjadikan BBm lebih berkesan serta dapat dapat menyesuaikan penggunaannya ketika proses P&P. Selain itu adalah untuk memastikan agar penggunaan teori pembelajaran dapat dilaksanakan.

OBJEKTIF

  1. Pelajar mudah memahami kandungan pembelajaran.
  2. Dapat mengaplikasikan teori psikologi dalam bilik darjah.

PELAN TINDAKAN

  1. Langkah-langkah yang diambil:
    Menyediakan RPH dengan lebih tersusun dan terancang lebih awal.
  2. Mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang bahan bantu mengajar yang disediakan.
  3. Memantau dari masa ke masa perubahan tingkah laku pelajar sebelum, semasa, dan selepas sesuatu teori dijalankan

Struktur Kursus Kajian Tindakan dalam Pendidikan

MATLAMAT DAN RINGKASAN KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini meliputi definisi, kepentingan, tatacara dan pelbagai kaedah penyelidikan yang boleh digunakan dalam menjalankan kajian tindakan; analisis dan interpretasi data; kupasan dapatan kajian dan laporan kajian serta penyediaan kertas cadangan dan pelaksanaan kajian tindakan.

HASIL PEMBELAJARAN
  1. Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap sarjana muda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan.
  2. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.
  3. Mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi.
  4. Menilai dan membuat keputusan secara saintifik berdasarkan maklumat dan secara bertanggungjawab dari segi sosial dan etika.
  5. Menyebarkan ilmu kepada ahli bidang dan masyarakat umum secara rasional dan bermakna.
  6. Mengamalkan kemahiran belajar untuk pembelajaran sepanjang hayat.
  7. Memimpin dan bekerja dalam satu pasukan.

TAJUK
1. Pengenalan Kursus.Pengenalan Kajian Tindakan
2. Reka Bentuk Kajian Tindakan
3. Teori Perubahan
4. Kajian Kepustakaan / Tinjauan Literatur
5. Proposal kajian Tindakan
6. Pembentukan* Penyataan Masalah;* Tujuan/objektif/Persoalan Kajian
7. Prosedur Kajian Tindakan
8. Pengumpulan Data
9. Analisis Data

Kuliah 1 : Penerangan tentang Kajian Tindakan.

Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam P&P dalam bilik darjah. Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian ini mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelkaksanaan, pemerhation serta renungan terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar.

Justeru, dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam P&P dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru adalah penting kerana ia merupakan salah satu kunci kepada kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti P&P peribadi khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya.

Dalam perkembanganya, kaedah penyelidikan secara kajian tindakan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kajian tindakan ini dipelopori oleh Kurt Lewin (1945), iaitu seorang ahli psikologi sosial. Idea ini seterusnya digunakan oleh Stpehen Corey di Teacher’s College, Columbia University, New York pada tahun 1956. Beliau menggunakan kajian tindakan ini sebagai salah satu pendekatan dalam penyelidikan dalam pendidikan di sekolah-sekolah. Seterusnya pada tahun 1976, John Elliot dan rakan-rakan di United Kingdom telah menggunakan cara ini untuk membantu guru-guru menggabungkan proses inkuiri dalam P&P di bilik darjah.

LANGKAH-LANGKAH KAJIAN TINDAKAN IALAH:

Ia terbentuk sebagai sebuah kitaran atau gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah dan melalui beberapa kitaran. Ianya dapat dilihat seperti berikut:

Kitaran 1 : Reflect -> Plan -> Action -> Observe -> ReflectKitaran
2 : Plan -> Action -> Observe -> ReflectKitaran-kitaran ini sentiasa bergerak dan membentuk gelungan-gelungan atau beberapa kitaran dalam mencapai kajian tindakan.

Kuliah 2 : Pembahagian Kajian Tindakan

Kajian tindakan ini dapatlah di bahagikan kepada 4 jenis iaitu :
  1. Kajian guru secara individuKajian tindakan jenis ini hanya menumpukan kepada isu-isu di dalam kelas sahaja. Ini termasuk susun atur kelas, penglibatan pelajar di dalam kelas dan penggunaan alat bantu mengajar.
  2. Kajian secara kolaboratifKajian jenis ini pulan memfokuskan kepada isu-isu dalam beberapa kelas yang menghadapi masalah dan situasi yang sama.
  3. Kajian dalam sekolahKajian jenis ini agak luas sedikit kerana merangkumi isu-isu luar bilik darjah iaitu melibatkan isu-isu yang berlaku di sekolah.
  4. Kajian dalam daerahKajian ini melibatkan isu-isu seperti pencapaian akademik sekolah dan pengurusan organisasi beberapa buah sekolah yang berada dalam satu daerah. Kajian ini lebih kompleks berbanding ketiga-tiga kajian di atas.

Kuliah 2 : Kajian Tindakan dalam Pendidikan


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
Reka bentuk kajian tindakan meliputi 4 langkah terpenting yang wajib ada apabila sesuatu kajian itu dilakukan iaitu
1. Merefleksi
2. Merancang
3. Melaksana strategi
4. Memantau untuk membuat penilaian
Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi ataupun belum mencapai keputusan yang dikehendaki. Kami telah melakukan beberapa aktiviti bagi memantapkan lagi pemahaman kami mengenai konsep kajian tindakan ini secara keseluruhan.
Contohnya guru membuat kajian mengenai " Masalah Disiplin Pelajar Di Sekolah”. Guru merancang terlebih dahulu dengan masalah-masalah disiplin yang kerap dilakukan oleh pelajar dan menyenaraikan peraturan-peraturan sekolah yang perlu dilaksanakan. Kemudian guru perlu bertindak dengan melaksanakan semua peraturan kepada pelajar dan guru membuat pemerhatian daripada apa yang telah dikaji itu iaitu bagaimana tindakbalas yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut. Setelah selesai hasil daripada pemerhatian yang dibuat daripada analisis dan data yang diperolehi, guru membuat refleksi hasil daripada dapatan yang telah dibuat untuk mengetahui keberkesanannya. Sekiranya tidak dapat memberi refleksi yang baik, bentuk kajian diulang-ulang sehingga dapat menghasilkan kesan kajian yang mantap dan berkesan